hye readers..
Highland tower.. Mesti ada antara korang nie pernah dengar dan tau pasal cerita yang terjadi 17 tahun yang lalu.Mungkin, ada di antara korang semua pernah mengalami tragedi bersejarah yang meragut 48 nyawa itu..
before that, biar I cerita sikit background highland tower nie.Highland Tower merupakan apartment mewah yang terletak di Taman Hillview, Ulu Kelang yang terletak dalam negeri Selangor. Ia mempunyai 3 blok bangunan yang masing2 setinggi 12 tingkat. If I'm not mistaken, Highland Tower ni atas bukit. Penghuni2 bangunan mewah ni terdiri daripada orang2 yang agak berada.Mereka hidup dalam suasana yang harmoni disamping jiran2 serta kawasan yang permai (sumber: History channel)
Umum mengetahui, bahawa setiap kali bulan disember je, Malaysia akan mengalami musim tengkujuh. So, hujan la almost every day. Hal ini menjadi perkara biasa termasuk penghuni2 Highland Tower ini. Namun, malang tidak berbau. Setelah 10 hari hujan turun xberhenti, pada tanggal 11 Disember 1993, blok 1 bangunan itu akhirnya sujud menyembah bumi.Punca yang dapat dikenalpasti adalah berlakunya hakisan tanah disebabkan hujan tersebut.
Seramai 124 Federal Reserve Unit (Pasukan simpanan persekutuan), 30 anggota tentera dan juga engineer serta ratusan polis dan bomba turun padang bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat mangsa.
Shizue Nakajima, warganegara Jepun merupakan mangsa pertama yang dapat diselamtkan n dihantar ke HKL utk rawatan lanjut.Malangnya, beliau meniggal dunia di hospital akibat pendarahan. Mangsa kedua yang dpat diselamatkan adalah seorang bayi perempuan berumur 18bulan,Nur Hamidah Najib, TANPA sebarang kecederaan. Selang beberapa minit, ibu bayi tersebut, Umi Rashidah Khoruman, yang juga merupakan seorang pembantu rumah dapat diselamatkan.
Misi menyelamatkan mangsa ditamatkan pada hari ke-7. Kini, misi mencari mangsa pula dijalankan.seramai 48 mangsa termasuk wanita Jepun tersebut dijumpai maut. Anatara mangsa yang maut adalah seorang wanita yang bertelekung dan sedang memgang Qur'an. Dan misi pencarian tamat pada 22 Disember..
Kini bangunan Highland Tour ini hanya ditemani hutan dan semak saja. Yang pergi tetap kan pergi. Cuma, apa yang I boleyh cakap kat sini kita yang hidup nie, kenalah berusaha supaya tragedi ni xberulang lagi. kalau dulu, manusia risau jika mereka boleh x utk mengadaptasikan diri mereka dgn alam sekita, namun kini, alam sekitar yang "risau" jika mereka tidak dapat mengadaptasikan diri mereka dengan manusia....
Book Online
8 years ago