CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

phrases

The hours I spend with you I look upon as sort of a perfumed garden, a dim twilight, and a fountain singing to it. You and you alone make me feel that I am alive. Other men it is said have seen angels, but I have seen thee and thou art enough.
~George Moore



A bell is no bell 'til you ring it,A song is no song 'til you sing it,And love in your heartWasn’t put there to stay -Love isn’t love'Til you give it away.



Friday, September 9, 2011

khas untuk mereka yg nak fly

to: ngau, mun n adik
sedar x sedar dah 5 tahun kita berkawan
banyak kan benda yg kita semua went through together
either bad thing or good thing
semua tu become the sweetest memory in my life
kita lepak sama2
buat kek sama2 (mun x join kitorg lagi wktu ni..hehe)
tido dkt rumah fatea sesama (ni pun mun xjoin lagi)
makan dominos sesama
share the story of our life sesama
menagis sesama
ketawa sesama
share problem sama2
bukak puasa sesama
tolak kereta ngau sesama
banyak la benda kita buat sesama dgn yang lain (dody, foty, fatea, aten)

masa tu kejap je kan
kita semua dah besar dah
boleh kahwin la kot (kalau ade calon..hehe)
masing-masing dah lawa dah
dah pandai berpashen..hehe
dah pandai dhegive..hikhik
dah pandai masak (erk?)
dah pandai semua la..

masa tu kejap je
masing-masing dah bawak haluan sendiri
masing-masing sedang berusaha untuk mencapai cita2
lepas tu kita pun jarang jumpa kan
tapi x pernah nak loss contact
walaupun jarang berjumpa, but still kita ade jumpa jgk kan
our friendship will never break
xkisah la dekat mana kita berada
California, Ireland or India
one thing all of u need to know is that I really love u guys
nothing will break the friendship that we built long before
nanti kita mesti akan gather balik macam dulu
laugh as loud as we can like the world is ours..
tolak kereta macam kita buat wktu bulan puasa tu..
I love u guys <3 <3 <3

Friday, August 19, 2011

kami mencari lelaki dibawah lembayung Kaabah

*ok, tajuk entri xde kene mengena langsung dgn post kali ini
*tiada gambar untuk ditayangkan kerana gambar telah disimpan rapi dlm memori hati

Assalamualaikum u ollzz...
selamatberpuasawalaupundahsampaisepuluhmalamterakhir :)
mari mengejar malam lailatul Qadr. semoga kita semua dpt mempertingktkan ibadah dan semoga ibadah kita semua diterima Allah..
(berceramah seketika)

ok, lately, bnyk betul dugaan yang menimpa I n my family
xperlu utk diceritakan secara detail, biarlah mereka2 yang berkaitan sahaja yang mengetahuinya..
tpi semalam I mcm terlupa seketika masalah yang I hadapi setelah I berjumpa dan berbuka bersama2 adeqberadeqcomeyl I..tpi aten n foty xdpt join sbb aten ade curfew hour n foty kat India still maybe next week baru balik..kalau diorg ade mesti lagi havoc :D
kitorg pergi berbuka puasa dkt Redwok.. (sumpah sedap kat sini..xrugi la spent duit makan dkt sini)
ok, kitorg makan2, sembang-sembang, gelak-gelak n I already miss that precious moment..
almaklumla, bkn senang nak jumpa sorg2 especially mun sbb beliau ini tersangatlah busy..
then, lepas makan, kitorg bajet nak g downtown kat Jln Reko.
TETAPI...... jengjengjeng









kereta ngau xboleyh nak start puleee kerana beliau lupa utk tutup lampu kereta..bateri pun kong disitu..kitorg ofcourse la panic blablabla sampai xreti nak bukak bonet depan..nasib baik la ade dayana..ouh dayana the rescuer..hee..
ok, lagi 1, selamatlah ade abg baik dgn akk sweet dtg tolong kitorg sume..siap main tolak2 kereta lagi..syokkk woo..kau mampu? haha
and at last, kereta ngau hidup kembali..hehe..tpi ngau xleyh la nak join kitorg sume g downtown sbb dia xleyh matikan enjin kereta sbb kalau dia matikan, nanti xleyh start balik (ok, sgt bnyk sbb) hehe and ngau balik rumah dulu..sobsob
mun pun xdpt join sbb rumah dia agak jauh..so dia pun balik jugeee..sobsob jugee
and at last yg g downtown I,dody,fatea ngan dayana..

perbualan didalam kereta
dody:baik woo abg tdi, akk tadi pong baik
me:tu la, dahla baik, comeyl lagi..
dody: lelaki baik, kalau xhensem pun kita nampak dia hensem kan
me:tu la susah betul nak dpt laki baik skrg nie
fatea:u ni, depan awek dia mestila baik
dody:eh, xsemestinya, maybe dia takut dgn awek ke nanti..
fatea: saje nak tunjuk macho je..

perbualan berhenti seketika bila dayana gelabah nak carik parking..
ok, thn jalan2 blablabla, sampai rumah dlm pukul 11 lebiyh
it was fun u know
I wonder if diorg semua always here besides me..
lepas nie, sorang2 dah nak g blaja kat overseas..tinggallah I, dody, fatea ngan aten dkt negara Malaysia tercinta nie
lepas 2tahun baru dpt jumpa mereka2 nie..
ouh mesti rinduu <3<3<3

p/s:xnk masuk UiTM balik!!!!!!

Thursday, August 4, 2011

kepada awak

kepada awak, ye awak..
awak yang sudah mula mengisi ruang kosong di hati saya
awak datang membawa pelbagai kunci untuk membuka pintu hati saya
walau gagal beribu kali
tapi awak xpernah berhenti..awak terus terus dan terus mencuba..
ya, saya hargai kepayahan awak..
tapi, awak sungguh baik, sangat baik malah terlalu baik untuk saya
saya tahu saya xlayak untuk insan serupa malaikat seperti awak
saya pernah mencaci awak
dan saya sangat malu..tapi awak xpandang pun semua tu
saya xsanggup untuk melukakan hati awak lagi
sebab saya tahu awak dah banyak kali terluka malah berdarah
kerana saya..
kali ini, biarlah saya yang tersungkur
pergilah mencari insan yang lebih baik dari saya..
saya redha..

Tuesday, July 26, 2011

our family are so special

mak said,
"our family are so special, that is why Allah give us this opportunity,
Allah want us to grab more pahala because Allah love us."

yes, we are special..and we are still and will always gather as a family
no matter what..

Saturday, July 9, 2011

kau tu bersih sgt ke sampai nak bersihkan negara hah???

*maaf post ini mungkin menggunakan bahasa yang kurang enak..

aku xsokong mana2, BERSIH ke PATRIOT ke semua xboleh nak fikir..ape purpose korg sebenarnya nak buat perhimpunan ni? konon nak pilihan raya bersih dan adil.weyh, fikir la kalau SPR tu xtelus, xdela pembangkang pegang negeri Kelantan dlm tempoh masa yang lama.fikirla weyh..konon nak negara bebas rasuah, tapi mana korg dapat dana sbnyk RM2 juta tu? sumber pun xtahu halal atau haram..BERSIHKAH mcm ni? konon perhimpunan aman, tapi mana aman korg? perluke perhinpunan aman bwk senjata, bwk parang segala bagai tu? PERLUKAH??
korang nak menang next general election, tapi belum ape2 korg dh tunjuk perangai buruk korg, macamni ke nak jadi pemimpin? jangan nak sama kan jihad pd zaman nabi dgn perhimpunan korg ni.Nabi berjihad utk agama, tpi korg, berjuang utk" kepentingan" politik.,jgn ckp pasal perlembagaan persekutuan tpi korg xtau ape2..mmg betul perkara 10(1) perlembagaan memberi kebebasan kpd rakyat utk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan..tpi korg kene ingt perlembagaan 10(4) dah terang2 bagitau kita semua yang jika keselamatan rakyat terjejas, kebebasan tersebut terpaksa disekat..jangan pong pang pong pang tpi isi satu habuk pun xde..korg nak ke negara kita jadi mcm thailand? fikirla weyh..kalau nak hantar memorandum,kenapa perlu heret sampai 300,000 lebih manusia? kenapa x ketua korg je pergi..last2 memorendum ntah ke mana, perhimpunan yang kononnya aman pun ntah ke mana..jangan jdi lembu yang kena cucuk hidung..tolonglah berfikir sebelum bertindak..

*maaf sekali lagi jika bahasa yang digunakan agak kasar*

Saturday, July 2, 2011

kenaikan tarif letrik

ni hao..
ok, dah lama xupdate blog tanpa mengenakan ayat2 jiwang
haha..bukan xnak update dgn cerita2 sensasi
tp xde idea nak tulis unless dlm bentuk poem mak nenek bagai tu..
haha..ok back to the point..
as we all know, tarif letrik telah dinaikkan mulai 1 Jun aritu if I'm not mistaken
I don't know berapa bnyk dia naik, tpi yang penting dia naik la..
hal ini menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat (dah mcm mengajar BM pun ade)
mane tak nye, bil letrik melambung naik..
for example, nyonya sebelah rumah kena RM500 woo
tu xseberapa dahsyat lagi..ade akak sebelah rumah nyonya,
bil letrik dia RM1000!!! hah, kau mampu??
of course bnyk kata2 negatif dari mereka..
tpi, korg semua xtau, kenaikan bil letrik nie ade jgk faedahnye..
nak tau?
let's check it out babeyh

1.mengeratkan silaturrahim antara keluarga: kalau dulu, even duduk dalam 1 rumah yg x besar pun, belum tentu dapat tgk muka semua orang dlm 1 masa..almaklumla, mak di ruang tamu menonton telenovela, ayah yg xdpt menonton cerita kegemaran duduk di dalam bilik, memasang 1 lagi tv utk memuaskan hati..si adik pula duduk dalam bilik menelefon si boyfriend sambil mengiron baju sekolah..aircond pula dipasang di setiap bilik (mcm orang kaya pulak)..tpi sekarang, semua orang berkumpul di 1 tempat yg sama, which is dkt ruang tamu..kadang kala, tidur pun di bilik yang sama.. sweet kan..mak masih menonton telenovela walaupun ayah nak tgk discovery channel..tetapi hal ini membawa kpd kebaikan yang kedua iaitu
2.bertolak ansur: kalau dulu mak je yang conquer tv dkt living hall ni, tpi sekarang tidak lagi..kalau tgh iklan, ayah pula akan menonton cerita dia..tpi kadang2 bergaduh jgk..namun jgn risau, hal ini dpt disettle kan sbb ia membawa kepada advantage yg ke-3
3.sabar: kalau menggunakan logik akal, memang tak la nak tgk 2 cerita dlm 1 masa..jdi salah seorang mesti beralah..bukan xboleh tgk, tpi wktu iklan tu bagi la orang lain tgk pulak kan..jdi mereka2 ini kenalah bersabar sedikit..kan bersabar tu separuh dari iman :)
4.berjimat cermat: kalau dulu masing2 berlagak macam bapak mereka tu Loh Goh Tong padahal nak dpt title datuk pun xmungkin..tpi sekarang tidak lagi..kalau dulu joli duit mcm duit tu boleh petik dari pokok, tpi sekarang semua orang sedar duit tu nyawa..kalau dulu tgk brg branded je, siap ckp "wa xmain la pasar2 nie, mak wa shopping sayur pun dkt cold storage, xpenah jejak kaki dkt pasar nie." (berlagak nok) tpi sekarang, " der, lu tau x uptown ade sale, baju wa yg RM1K tu, kat uptown RM5 je derr." (bila masa la pulak uptown buat megasale, sah2 xpenah pergi..)
5.menjamin kesihatan: hah yang nie special utk mereka2 yg mata tu xpenah beralih dri skrin komputer/laptop/tv..kalau dulu tv tu on 24jam, sampai kadang2 tv yang tgk dia, ish3..dah la tu, duduk je dpn tv, kfc, mcd, pizza segala mak nenek fast food semua tersusun cantik dpn mata..lepastu anak mereka gemuk, nak salahkan makcik kantin sbb jual nasi lemak..apakah???
bukan setakat obesiti, mata pun rosak nok..budak2 kecik sekarang power spec diorg, pergh kalah orang yg bangun malam study..bnyk gle nok..xmampu nak pakai..konon2 study la sbb tu spec power kaw2, tpi sebenarnye tgk tv, main komputer segala mak nenek tu..jadi, bila bil letrik nie dah naik, masa utk menonton tv/bermain komputer telah dihadkan utk beberapa jam shj..oleh itu, kadar obesiti dijangkakan meunurn dlm tempoh beberapa tahun ini..

oleh itu, janganlah asyik nak menunding jari kepada kerajaan je..kalau xnak bil naik, g duduk dlm hutan..free of charge.. ok sekian terima kasih :)

Wednesday, June 29, 2011

o Allah


O Allah
I wish I can go to this place
I wish I can bow down to You Ya Allah
in front of the Kaabah..

O Allah
I wish I can cry when I see the kiblat
in front of my eyes..

I wish I can perform my last prayer here..
O Allah
I wish

Monday, June 27, 2011

Tuhan Maha Mendengar

Tuhan tak pernah tidur
mengadulah kepada YAng Maha Mendengar
Kerana Dia sahaja Yang Maha Mengerti
Yang Maha Memahami

Tuhan Maha Mendengar
segala apa yang kita sangkakan
segala apa yang kita fikirkan
segala apa yang kita takutkan..

Tidak Perlulah kita menagih simpati
kepada mereka yang juga memerlukan simpati
dari Yang Maha Mengerti..

Saturday, June 25, 2011

I'm weak

I am sorry
I can't help myself not to hate you
for every single action that you did
to me

I am sorry
I can't help myself not to hate you
for the 'precious' word
I felt 'appreciated'

I am sorry
you are not anymore my soul mate...

Sunday, June 19, 2011

my heartbeat


mereka adalah nadi yang berdenyut demi memastikan kelangsungan hidup seorang Amira
seorang Amira akan mati tanpa nadinya ini...

Saturday, June 18, 2011

sang Adam

hai sang adam
kau mucul dalam lena
membisikkan kata2 azimat
membuat diri terleka

hai sang adam
kau muncul di simpang hati
tatkala ia kosong tidak berisi
dengan perasaan yang harmoni

hai sang adam
siapakah dikau yang aku damba??
siapakah dikau yang aku puja??
aku keliru kerna kau tidak menunjukkan wajah

hai sang adam
adakah ini petanda
bahwa kita akan bersua
menyulam kasih dan cinta

hai sang adam
kepada-Nya aku memohon
agar mimpi menjadi nyata
aku tetap menunggumu
wahai adamku..

Tuesday, June 14, 2011

saLah siaPa

salah siapa kah semua sengketa terjadi?
siapakah empunya angkara?
siapakah pencetus sengketa?
siapakah yang menyalakan api permusuhan?
siapakah yang menanamkan pokok dendam yang kian membesar di tangkai hati ini?
siapakah???

adakah aku empunya angkara?
adakah aku api yang meyalakan segala perbalahan?
adakah aku yang mengadun
segala rasa amarah dan dendam
menjadi sebati
dan lalu dimakan oleh KITA semua?
akukah yang patut dipersalahkan??
adakah aku????

sungguh, aku tidak mengerti
mengapa semua telunjuk mengarah kepadaku
seoolah-olah aku pembawa bencana
mana belas kasihan kalian
MANA????

perlukah aku menjaga hatimu?
perlukah aku menjaga perasaanmu setelah kau merobek jantungku?
perlukah????

aku tidak mengerti.....

Tuesday, April 26, 2011

another 2 peeps

people,
another 2 papers to go
and
after that

I'M FREE PEOPLE


BOOO YEAAAHHHHH

Friday, April 22, 2011

angan-angan

saya punya angan-angan
di hari jadi saya
awak datang ke arah saya
membawa sejambak bunga
lalu diberikan kepada saya
owh alangah gembiranya





(p/s: esok contract..abaikan apa yang merepek di atas..venkatta chinayya v verikatta ramaya menunggu)

Thursday, April 21, 2011

kenapa awak sombong??

hye yawwss..
1.ok, pagi tadi paper tort
soalan memang stok kasi bunuh punye..
lepas jawab korang mesti rasa nak terjun tasik yang berhampiran
which is tasik seksyen 7..
dan it, apa yang kitorg target keluar untuk 20marks je..
part c, keluar negligence + psychiatric illness nokss..
mati mak nyah, nak prove segala mak nenek element yang bertimbun2
dalam masa 40 minit..waaaaa!!!!!
sumpah tak cukup masa..
huhu such a life..kena redha je la..
sekarang kena pulun dekat other papers especially contract this saturday..

2. I found this one guy, comeyl(well, as for me comeyl la)
and I think I fall for him
reasons:
a) muka dia sama dengan my crush waktu sekolah dulu
b) I selalu nampak dia dekat surau..jarang ok nampak lelaki pergi surau (this is the fact)
c) dia tinggi..hehe
ok enough..I know reasons that I've listed tu semua macam tak boleyh pakai je kan..
but who cares!!!
then, I added him kat fb..
bapakla sombong mamat nie, I tegur dia, then he just seems to ignore me..
ok fine!!!
after the incident, u are not cute anymore...


p/s: can't wait for 30th April.. I want to hang out with my sayangsss.... and can't wait for final paper which is on 3rd May..after that, enjoy!!!!!!







Thursday, April 14, 2011

final!!!





ok, final dah nak start

wish me luck everyone..
lepas final I upsate blog ok :D

Saturday, March 12, 2011

bila dia menjadi feminin

ni hao..
ok, tadi I went to bukit bintang @ star hill wif my beloved dearly family
almaklumlah, da lama giler ok x pergi jln2 together..err, I means shopping baju together..
and almaklumlah, baru dapat PTPTN :D
then, memang shopping la kat situ..giler punye
but, what shocked me a lot was when I bought a SKIRT
yeah, seriously I can believe it!!
macam dlm mimpi, like "what, me wearing skirt? damn ridiculous."
I never wore it before ok..
and until now, I still can't accept the fact that I bought a skirt..
OMG am I changed to someone who is more feminine??


ok, btw this is my plan for the PTPTN
RM1000 => simpan dlm ASB
RM100 => buku
RM200 => mari makan besar bersama keluarga :D
RM200 => shopping (which I already did)
RM1700 => kegunaan ketika perlu..

p/s: ok, I xshopping sampai RM200 and makan besar xsampai RM100 pown..


Wednesday, March 9, 2011

saya bukan mainan

saya bukan barang mainan
yang langsung xada perasaan
saya bukanlah robot
yg telah disetkan 'minda'nya untuk melakukan sesuatu kerja
saya bukannya patung
yang hanya ada satu ekspresi muka
dan yang paling penting
saya bukanlah sesuatu
yang boleh dicampak ke sana dan ke mari
dan hanya dikutip bila diperlukan...

saya adalah manusia yang normal
yang punya hati
punya perasaan
dan tentunya
saya akan berasa sesuatu
jika saya dijadikan seperti
barang mainan
yang hanya hadir untuk menghiburkan
tpi dicampak bila tidak diperlukan..

tolonglah, saya juga seperti kamu
saya akan berasa terpinggir tatkala saya disisihkan
saya bukanlh manusia yang boleh hidup tanpa menghiraukan alam sekeliling..
tolonglah sedar bahawa saya ini wujud
saya tidak perlu penghargaan
saya hanya perlu perhatian..

Wednesday, February 23, 2011

NUR NAJIHAH BT. FAUZI

babe, I miss u..and I really do..
I miss the time when we were together
laughing, crying,fighting,sleeping,eating,walking
together
sharing every secret ad feeling that we had
together
did assignment
together
fall for the same guy
together
hurt
together
happy
together

everything is different without u
I don't know with whom I want to merepek2
while walking to the class
I don't know with whom I want to argue
even for stupid thing
I seriously don't know
with whom I want to share the secret

I'm doing fine here
but
I think
I'm probably doing great
If you with me..


I miss you, madu beras <3 <3 <3

Tuesday, February 15, 2011

tabiat orang malaysia

Ni hao :D
I know Its been awhile since my last update..
pergh, kerja banyak giler plus internet laju gilerz kalah merbok u ollz..
dengan exam mengalahkan nak jadi Prime Minister..
ok, dah start merepek..
I nak cerita pasal tabiat segelintir rakyat Malaysia
yang, in my opinion, not so good..
nak tau ape??
lets check it out babeyh


1. waktu nak naik bas, Ya Allah, macam orang yang baru lari dari medan perang. Berebut-rebut macam bas tu nak tinggalkan kau je kan. cubalah beratur waktu nak naik bas tu, takdelah nak jadi accident while waiting for ur turn kan. Ni tak, pakai tolak2 je, bajet ko sorang je la yang naik bas.at least kalau korang beratur, cepatla sikit dapat naik bas tu, and takdelah orang nak menyumpah seranah ko bile ko dah tolak diorang sampai tergolek and buat muka innocent yang sememangnya macam nak kena penampar.

2. waktu atas jalan. kalau jalan tu dibanjiri dengan kenderaan (almaklumlah, rakyat Malaysia ni kaya2, xnk share kereta ngan orang lain) for sure la jalan tu jammed n kirim salam la kalau korang cakap nak sampai ke tempat yang dituju pada masa yang tepat kalau korang dah keluar rumah pown lambat (ok, merepek lagi) And I'm very sure korang sume dah menyumpah2 dah nie dalam kereta sambil menyalahkan kereta2 yang ade kat jalan tu sbb korang xboleyh menyalahkan ibu yang mengandung. then, bermulalah konsert percuma tanpa permit bila semua ornag pown start menekan horn kereta diorg.macam2 bunyi horn yang korang boleyh dengar.pergh, sabarla sikit, bukan ko je yang nak cepat, semua orang pown nak cepat. and the worst thing bile traffc jammed and ade pulak accident..memang kaw2 korang menyumpah kan..xyah nak tipu I la..

3. waktu accident..hah, disebabkan jalan yang jammed, maka berlakulah accident. jadi di sini, kita dapat melihat betapa prihatin nya rakyat Malaysia nie. this is because, bila ade accient je, diorg mesti stop kereta diorg n go to the place where the acc occur. TAPI, bukan untuk menolong, hanya untuk melihat sahaja. Hal ini meyebabkan jalan yang jammed, bertambah2 la jammed. My advice, kalau u xnk tolong, xyah la berhenti. Kalau I jadi one of the victim, mesti I akn lagi sakit sbb xdpt oxygen yang cukup bile semua orang dok pakat kerumun nk tgk I. I tau la I comeyl..hahah

4. Waktu makan dekat kfc or mcd..wee, ni adalah perkara yang menyedihkan, kerana lepas je makan, kompem2 nye xde sorang pown yang akn angkat food tray ke tmpt yang sepatutnya..well, I did the same thing..hehe..tpi if u want to compare dengan mat salleh, diorg sangat prihatin, sbb lepas makan je mesti diorg kemas meja diorg n angkat tray ke tmpt dia..kalau orang Malaysia mesti fikir macamnie, "kalau aku angkat, abis pekerja dia xkn nk mkn gaji buta kowt.so, bia je la kat sini, at least aku tolong dia untuk dpt gaji yang halal." (err, faham x?)

5. Bab kerja..ini adalah fakta, orang Malaysia, especially orang Melayu sangat memilih kerja..and kalau orang tu kerja rendah sikit, mula la mulut cik kiah tu berbunyik, "hmm, dia tu bodoh sebab tu kerja pown macam tu." apekah??? cuba korang tebgok dekat Jepun, mereka sangat menghormati kerja masing2, walaupun hanya sekadar cleaner. Korang fikir ek, kalau semua dok pakat nak jadi lawyer ngan doktor, siapa yang jadi tukang sapu yang mengindahkan negar kita nie?

sebenarnya ade bnyk lagi, tpi I malas nk list down sbb kalau buat semua,mati sampai esok tak habis..fikir2kan la ye..

p/s: test tort 'sgt senang.' sekian